Friday, December 9, 2011

Refleksi Pengajaran

1.Rancangan Pengajaran Harian (Kelas Pemulihan Khas)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh: 21 Mac 2011
Masa: 30 minit
Tahun : 2 Cekal
Bil.Murid : 8 orang
Tajuk: Persekitaran Murid
Kemahiran:   1.Kumpulan Anggerik
4. Suku kata KV ( A )
4.1 Mengenal dan membunyikan suku kata KV berdasarkan gambar.
4.2 Memilih kad suku kata berdasarkan gambar.

Kemahiran: 2. Kumpulan Bakawali
Huruf-huruf vokal “a”
3.1 Mengenal dan membunyikan vokal “a” dengan sebutan yang betul
3.2 Mendengar bunyi-bunyi huruf  vokal dari pita rakaman atau language master.

Objektif :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
Kumpulan Anggerik
1. Membunyikan  suku kata KV  berdasarkan gambar dengan betul.
2. Membunyikan  suku kata KV  berdasarkan kad  suku kata dengan betul.
3. Memadankan  suku kata KV dengan gambar yang diberi.

Kumpulan Bakawali
1. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul..
2. Membunyikan vokal dengan sebutan bunyi yang betul.
3. Menulis huruf  vokal pada gambar yang diberi dengan betul.

Refleksi: 
  
Kekuatan

Setelah selesai melaksanakan aktivit pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Kelas Pemulihan, saya amat berpuas hati kerana pengajaran saya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Secara keseluruhannya, objektif yang dirancangkan dapat dicapai. Saya dapati kekuatan semasa saya melaksanakan aktiviti pengajaran ini dalam langkah pengajaran. Dalam langkah pengajaran saya menggunakan teknik permainan bagi kumpulan Anggerik . Peraturan permaian ini seperti bermain kad. Di mana di atas kad itu dilukiskkan dengan gambar-gambar dan dibelakangnya ditulis suku kata KV. Setiap pemain akan mengambil kad dari kawan mereka dan membunyikan suku kata KV itu. Saya mendapati semua murid kelas pemulihan ini begitu seronok dan aktif semasa bermain. Saya juga amat berpuas hati terhadap penglibatan murid semasa dalam permainan.

Kelemahan

Walaupun objektif saya tercapai, namun kehampaan saya lihat dimuka murid kumpulan Bakawali ini. Kerana saya tidak menyediakan permainan untuk mereka. Mereka saya ajar dengan cara biasa dan membuat latihan. Walaupun saya tahu mereka memang suka bermain. Seoleh mereka ini seperti dianaktirikan.


Penambahbaikan

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta mencapai objektif ke tahap yang lebih maksimum. Saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya. Penambahbaikan ini perlu, semasa membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran, saya perlu menyediakan satu set permainan setiap kumpulan. Ini mengelakkan rasa tidak puas hati diantara kedua kumpulan itu. Maka, dengan itu pengajaran akan menjadi lebih seronok kerana setiap kumpulan mempunyai kepuasan terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Saya juga harus memperbanyak aktiviti  berkumpulan bagi memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid.

Cabaran

Untuk membuat atau membentuk set permaian yang bermutu dan baik perlu belanja yang besar. Kerana mengajar murid pemulihan perlukan BBM yang banyak. Dengan itu BBM yang baik dan bermutu meningkatkan kecepatan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Oleh itu saya mengambil alternative dengan menggunakan bahah-bahan yang terbuang atau terpakai (receyle)”. Saya tidak tahu adakah bahan itu bahaya atau tidak. Kadangkala ketahanan bahan itu tidak dapat digunakan untuk beberapa kali dan membuatnya semula.

Bahan Pengajaran Kumpulan Bakawali

video


2.Rancangan Pengajaran Harian (Kelas Pemulihan Khas)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Cekal
Tarikh: 12 April 2011
Masa: 30 minit
Bil.Murid : 8 orang
Tajuk: Persekitaran Murid
Kemahiran: 1. Kumpulan Anggerik
Perkataan KV+KVK
12.1 menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan 
                    oleh guru
12.5 menulis perkataan berdasarkan gambar
                    2. Kumpulan Bakawali
Perkataan KV+KV
10.1 Menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan 
                   oleh guru.
10.5 menulis perkataan berdasarkan gambar
Objektif :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
Kumpulan Anggerik
1. Menyebut nama benda dengan perkataan KV+KVK yang betul .
2. Menyatukan suku kata menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata KV+KVK
3. Menulis perkataan berdasarkan gambar  dengan betul.
Kumpulan Bakawali
1. Menyebut nama benda dengan perkataan KV+KV yang betul .
2. Menyatukan suku kata menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata KV+KV.
3. Menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul.

Refleksi:

Setelah selesai melaksanakan aktivit pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Kelas Pemulihan, saya amat berpuas hati kerana pengajaran saya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Secara keseluruhannya, objektif yang dirancangkan dapat dicapai. Saya dapati kekuatan semasa saya melaksanakan aktiviti pengajaran  ini dalam set induksi. Dalam set Induksi ini saya menggunakan teknik permainan. Saya mendapati semua murid kelas pemulihan ini begitu seronok dan aktif semasa bermain walaupun saya tahu tahap kefahaman mereka rendah berbanding dengan murid kelas biasa. Saya juga amat berpuas hati terhadap penglibatan murid semasa mereka bermain kerjasama yang murid-murid ditunjukkan sangat baik.
Dalam perkembangan langkah pengajaran, saya dapati kekuatannya ada perkaitan dari set induksi iaitu tentang isi pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid. Dalam langkah pengajaran juga, saya menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan dibantu oleh peralatan ICT. Di mana ilutrasi dan gambar yang sesuai bagi murid pemulihan. Dalam langkah pengajaran saya juga murid-murid dibahagi kepada 2 kumpulan mengikut kesukaran masalah dalam pengajaran mereka. Di sini saya dapati kekuatan saya ialah objektif pengajaran saya tercapai mengikut tahap kefahaman kedua kumpulan ini. Kekuatan saya dapati juga dalam pengajaran  saya ini, semasa murid membuat latihan iaitu lembaran kerja, saya ada memberi membimbing kepada mereka dan menegur kesalahan yang mereka buat. Dalam keadaan yang demikian juga, saya terus membetulkan kerja murid  yang telah siap. Saya ada memberi peneguhan kepada murid-murid pemulihan khas bila setiap kali murid-murid pemulihan mengeja atau menjawab soalan saya dengan betul, Peneguhan sebegini akan memberi lebih peransang kepada mereka untuk belajar.
Namun disebalik kekuatan pengajaran ini, saya dapati kelemahannya, semasa saya dalam proses pengajaran untuk kumpulan Anggerik, kumpulan Bakawali sudah siap membuat latihan yang saya berikan. Justeru itu menyebabkan kumpulan Anggerik terganggu kerana kumpulan Bakawali membuat bising dan bermain. Maka proses pengajaran saya tidak dapat dijalankan seperti yang dirancangkan sepenuhnya.
Ekoran daripada  kesilapan ini, saya telah perbanyakkan set-set latihan untuk diberikan kepada kedua-kedua kumpulan ini di masa yang akan datang. Tetapi untuk menyediakan bahan-bahan sebegini ada kakangannya iaitu dari segi kos. Sememangnya bahan -bahan sebegini dapat mempercepatkan penguasaan kemahiran mereka.

Bahan Pengajaran  KV+KV

video

3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                          :           16 MAC 2011
Hari                             :           Rabu
Masa                           :           1020 - 1120
Kelas                           :           Tahun 3 Cemerlang
Jumlah Murid              :           6 orang
Mata pelajaran            :           Bahasa Malaysia       
Nilai                             :           Berdisiplin, kesungguhan, menghargai


KUMPULAN

WIRA

WAJA

SAGA


Nama Murid
1.      Eddyson Talap
2.      Filex Igat
1.      Hazrin Sanggat
2.      NorQuratu Aini
1.      Awangku Khairul Mahadzir
2.      Nur Asry
Tajuk
Membaca dan membina ayat mudah.

Perkataan KV + KV +KV
Perkataan KV + KV

Objektif









Pada akhir pengajaran ini, murid dapat :
1. Membina 5 ayat mudah
    berdasarkan perkataan
    daripada gambar tunggal
    yang disediakan dengan
    betul.
2. Membaca ayat dengan 
    sebutan yang betul.
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:
1. Menulis  perkataan KV + KV + KV berdasarkan gambar
dengan  betul.
2. Membina ayat berdasarkan gambar dengan betul.

Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:
1.Menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul.
2.  Membaca perkataan yang dibina.

Pengalaman Sedia Ada


Murid sudah dapat mengeja dan membaca rangkai kata dan petikan mudah.


Murid sudah dapat mengeja dan membaca rangkai kata yang melibatkkan perkataan KV + KV dengan betul.
Murid sudah kenal huruf dan suku kata KV.


Alat Bantu Mengajar

1. Gambar tunggal
2. Lembaran kerja
3. Permainan Jejak Labah-Labah
4. Slaid power point.

1.Gambar bersiri
2. Kad perkataan
2. Lembaran kerja
3. Permainan Membina Suku  kata
4. Slaid power point.

1. Kad gambar
2. Kad lipat
2. Lembaran kerja
3. Permainan Suai KAGA
4. Slaid power point.

Unsur Terapi
1.  Terapi motor kasar
2.  Terapi pertuturan
3.  Terapi pendengaran
4.  Terapi pengamatan dan penglihatan
Kemahiran Berfikir
1.  Menghubungkait
2.  Menyesuaikan
Induksi Set
( 5 minit )
Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu suku kata dengan iringan muzik melalui tayangan slaid power point.
Langkah 1
( 20 Minit )

Latihan Pengukuhan:
1. Murid diminta membuat latihan daripada pelajaran yang lepas dalam lembaran kerja yang  disediakan.


Permainan:
Nama permainan :  Membina                            Suku Kata
Cara menjalankan permainan:
1. Murid dikehendaki membina suku kata dalam petak operasi tambah yang diberi suku kata KV dan angka.
2. Murid dikehendaki mencari perkataan tersembunyi dengan cara menambah suku kata dan nombor yang disediakan.
3. Murid yang paling cepat menyenaraikan perkataan dengan betul dikira pemenang.

Pengajaran:
1. Murid menamakan gambar yang di tayangkan melalui slaid.
2.  Murid mengeja perkataan
     pada gambar.
3.  Latih tubi membaca perkataan 
     KV + KV melalui kad lipat.
4.  Murid diminta menulis semula perkataan yang telah dibaca dalam kertas kosong yang diberi.

Langkah 2
( 15 Minit)

Permainan:
Nama Permainan : Jejak Labah- Labah
            Cara menjalankan permainan 
           Murid melihat carta    
           sarang abah-labah yang 
mengandungi huruf dan  nombor.
2. Guru meminta murid meneka apa yang  mereka perlu  lakukan.
3.Sebelum lembaran latihan diberikan kepada murid-murid, guru meminta murid-murid membina beberapa perkataan  yang bermakna. 
4.Guru memberi lembaran latihan  bertulis kepada murid dan  meminta murid membina perkataan berpandukan rajah  sarang labah-labah tersebut.

Pengajaran:
1. Guru menayangkan gambar bersiri cerita arnab dan kura-kura.
2. Guru bercerita tentang
    gambar yang  
    ditayangkan.
3. Murid diminta menceritakan semula cerita tersebut menggunakan ayat sendiri.
4.  Murid diminta
     memadankan ayat mengikut gambar yang betul.
5. Murid membaca ayat yang telah disusun.


Latihan:
1. Guru mengedarkan lembaran kerja bergambar.
2.  Murid dikehendaki
     melengkapkan   
     perkataan dengan  
     mengisi huruf yang      
     tertinggal pada
    ruangan kosong
    yang diberi.












Langkah 3
( 15 Minit)








Pengajaran:
1-  Guru menayangkan gambar tunggal dan bersoal jawab dengan murid mengenainya.
2-  Murid diminta menamakan aktiviti yang terdapat dalam gambar.
3- Murid diminta membina ayat berdasarkan kata panduan  yang diberi pada gambar.
4- Guru menulis ayat yang dibina oleh murid di papan tulis sambil membetulkan struktur ayat.

Latihan:
1. Guru mengedarkan
     lembaran kerja
     kepada dua
     orang murid dan
     memberi arahan
     mengenai latihan.
2.  Murid membuat
     latihan  yang
     diberikan.


Permainan:
Nama permainan :  Suai Kaga                   (Kata dan gambar)
Cara menjalankan permainan:
-    Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
-    Setiap kumpulan diberi satu set perkataan.
-    Murid dikehendaki menampalkan perkataan yang betul pada gambar yang dipamerkan.
-    Kumpulan yang siap dahulu dan mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.
Penutup
(5 minit)
-   Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran.
-   Murid bersama-sama guru menyanyikan semula Lagu Suku kata dengan iringan muzik.


Refleksi:

Kumpulan Wira       :  Secara keseluruhan saya dapati murid kumpulan ini  ada peningkatan 
                                    dalam membuat ayat. Walapun ayat yang mereka bentuk ada
                                    mempunyai kesalahan dari segi ejaannya tetapi mereka dapat membentuk   
                                    sekurang-kuirang  3 daripada 5 dengan betul.
Kumpulan Waja       : Hanya seorang murid sahaja dari kumpulan yang belum dapat memandan  
                                    semua perkataan dengan betul.
Kumpulan Saga      :  Semua murid dapat membaca perkataan KV+KV yang diberi contohnya 
                                     buku, cili, guru, jari, baju, beca, lori,  labu, roti, meja  dan sudu.

                  Sebagai rumusannya pengajaran yang dijalankan berjaya mencapai objektif. Setiap perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar.Semasa sesi set induksi murid-murid sangat seronok apabila saya memainkan lagu . Mereka amat berminat sekali dengan lagu tersebut. Maka di sini saya nampak kekuatan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid secara tidak langsung dapat mengeja perkataan daripada lagu yang diperdengarkan. Ini memudahkan saya mengajar kumpulan Saga.
                  Namun dalam pengajaran itu ada sedikit kelemahan yang saya dapati iaitu semasa memberi latihan bertulis kepada murid. Di mana saya memarahi seorang murid kerana tidak dapat memadankan suku kata yang sesuai pada gambar yang betul dalam lembaran kerja tersebut. Sekiranya saya  membimbing murid ini, berkemungkinan muird dapat mebuat sekurang-kurangnya  4 daripada 6 soalan yang diberikan.
                 Maka inilah kesilapan yang tidak sepatutnya saya lakukan. Ekoran daripada kesilapan ini, saya telah memperbaikinya dan perlu peka terhadap tahap penguasaan seseorang murid itu. Justeru ini janganlah menganggap murid semasa pengajaran tahu semua isi pelajaran yang diajar.

Bahan Induksi Set

video


Bahan Pengajaran Kumpulan Saga

video




4. Rancangan Pengajaran Harian (Kelas Pemulihan Khas)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh: 22 Mac 2011
Masa: 60 minit
Tahun : 2 Cekal
Bil.Murid : 8 orang
Tajuk: Persekitaran Murid
Kemahiran:   1.Kumpulan Anggerik
4. Suku kata KV ( E )
4.1 Mengenal dan membunyikan suku kata KV berdasarkan gambar.
4.2 Memilih kad suku kata berdasarkan gambar.

Kemahiran: 2. Kumpulan Bakawali
Huruf-huruf vokal “e” & “u”
3.1 Mengenal dan membunyikan vokal “e”  & “u” dengan sebutan yang betul
3.2 Mendengar bunyi-bunyi huruf  vokal dari pita rakaman atau language master.

Objektif :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
Kumpulan Anggerik
1. Membunyikan  suku kata KV  berdasarkan gambar dengan betul.
2. Membunyikan  suku kata KV  berdasarkan kad  suku kata dengan betul.
3. Memadankan  suku kata KV dengan gambar yang diberi.

Kumpulan Bakawali
1. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul..
2. Membunyikan vokal dengan sebutan bunyi yang betul.
3. Menulis huruf  vokal pada gambar yang diberi dengan betul.

Refleksi: 


Kekuatan

Setelah selesai melaksanakan aktivit pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Kelas Pemulihan hari ini selama  60 minit , saya amat berpuas hati kerana pengajaran saya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan yang dilakukan pada hari semalam  21 Mac tidak  diulangi lagi saya membuat perancangan dengan baik supaya objektif tercapai dan semua murid seronok dan menadapat kepuasan. Secara keseluruhannya, objektif yang dirancangkan dapat dicapai. Saya dapati kekuatan, semasa saya melaksanakan aktiviti pengajaran ini dalam langkah pengajaran. Dalam langkah pengajaran saya menggunakan teknik permainan bagi kedua-dua kumpulan ini . Di mana kedua-dua kumpulan ini diberikan set yang berlainan tetapi bermain dalam satu kumpulan yang besar. Permainan ini dinamakan ‘ Si Buta”. Seorang murid akan  menutup mata dan mencari ahli kumpulannya. Sekiranya dia dapat mencari ahli kumpulannya dan ahli kumpulannya dapat membunyikan suku kata pada kad yang dibawa akan mendapat tiga markah. Sekiaranya tidak dapat mencari dan tidak membunyikan suku kata pada kad yang dibawa beralih kepada ahli kumpulan lain.Begitulah sebaliknya sehingga habis tempoh masa yang ditetapkan. Saya dapati semua mereka begitu seronok dan aktif semasa bermain. Saya juga amat berpuas hati terhadap penglibatan murid semasa dalam permainan.

Kelemahan

Kelemahan yang saya lakukan semasa pengajaran dalam langkah pengajaran secara kumpulan . Saya mengajar kumpulan Anggerik memakan masa yang terlalu lama sehingga masa yang diperuntunkkan bagi kumpulan Bakawali tidak cukup. Menyebabkan bimbingan  secara individu tidak dapat dijalankan. Ini meyebabkan semasa mereka membuat latihan, ada beberapa oranf murid dari kumpulan ini sukar untuk menulis huruf vokal yang sesuai dari gambar yang diberikan. Kesilapan ini mungkin berpunca daripada langkah permainan yang mengambil lebih masa.


Penambahbaikan

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta mencapai objektif ke tahap yang lebih maksimum. Saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya. Penambahbaikan ini perlu, semasa membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran, saya perlu menyesuaikan masa selari dengan langkah-langkah pengajaran yang telah dirancang. Maka, dengan itu pengajaran akan menjadi lebih teratur dan murid-murid mendapat manafatnya. Saya juga harus membimbing sambil mengajar dalam aktiviti permainan tersebut. Maka dengan itu secara tidak langsung membantu murid memahami semasa dalam langkah pengajaran secara kumpulan.

Cabaran

Untuk menjalankan satu permainan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dengan baik adalah sukar sedikit, kerana saya tahu muirid pemulihan perlu bimbingan dan perhatian lebih. Bagi membuat bahan-bahan BBM cabarannya tetap sama kerana untuk membuat atau membentuk set permaian yang bermutu dan baik perlu belanja yang besar. Kerana mengajar murid pemulihan perlukan BBM yang banyak. Dengan itu BBM yang baik dan bermutu meningkatkan kecepatan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Oleh itu saya mengambil alternative dengan menggunakan bahah-bahan yang terbuang atau terpakai (receyle)”. Saya tidak tahu adakah bahan itu bahaya atau tidak. Kadangkala ketahanan bahan itu tidak dapat digunakan untuk beberapa kali dan membuatnya semula. 

Bahan Pengajaran Kumpulan Bakawali


Bahan Pengajaran Kumpulan Anggerik






5. Rancangan Pengajaran Harian (Kelas Pemulihan 
    Khas)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh: 18 Januari  2011
Masa: 30 Minit
Tahun : 3 Cemerlang
Bil.Murid : 6 orang
Tajuk:                         1.Kumpulan Wira
    Perkataan dua suku kata V + KV

2. Kumpulan Waja
    Perkataan KV+KV

3. Kumpulan Saga
    Perkataan KV+KV

Objektif :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
Kumpulan Wira
1. Menyebut nama benda dengan perkataan V + KV yang betul.
2. Menyatukan dua suku kata menjadi  perkataan yang bermakna  berdasarkan
    Suku kata V + KV.
3. Menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul.
Kumpulan Waja
1. Mengeja perkataan KV + KV
2. Menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul.
 Kumpulan Saga
1. Menyebut nama  benda dengan  perkataan KV + KV yang betul.
2. Menyatukan dua  suku kata menjadi  perkataan yang bermakna berdasarkan
    Suku kata KV + KV.


Kekuatan

Setelah selesai melaksanakan aktivit pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Kelas Pemulihan hari ini selama  30 minit bagi kelas Tahun 3 , saya berpuas hati kerana pengajaran saya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan yang dilakukan sebelum ini , di mana penggunaan bahan pengajaran yang sesuai iaitu dengan gambar yang jelas walaupun tidak menyerupai bahan yang sebenar. Kekuatan saya ialah penggunaan BBM sesuai dan semua murid dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan. Di mana saya menggunakan tayangan slaid dalam langkah pengajaran. Dalam tayangan slaid ini ada diselitkan irama muizik yang sesuai. Irama muzik ini telah memberi motivasi kepada muird untuk belajar. Secara tidak langsung objektif saya telah tercapai. Walau bagaimanapun dalam pengajaran selama 30 minit tiada banyak pengajaran yang dilakukan.

Kelemahan

Hanya sedikit kesilapan yang saya lakukan. Sebelum pengajaran bermula, sebaiknya saya haruskan memcuba slaid itu terlebih dahulu. Kerana semasa saya membuka slaid itu, ianya menghadapi masalah ini menyebabkan mencuri beberapa masa pengajaran. Kadang kala yang dirancang dalam waktu yang singkat tidak boleh dijangkakan. Kesilapan ini sebagai pengajaran kepada saya supaya jangan mengandaikan sesuatu dapat digunakan tanpa diperiksa atau diuji.


Penambahbaikan

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta mencapai objektif ke tahap yang lebih maksimum. Saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya. Supaya sentiasa memeriksa bahan-bahan pengajaran yang digunakan supaya tidak membuang masa pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan.

Cabaran

Membuat BBM yang menggunakan ICT yang baik dan cantik perlunya kemahiran yang tinggi dalam komputer. Kerana bagi guru seperti saya yang bukan dilatih dalam era melineum ini, agak perlahan untuk memiliki kemahiran tersebut. Lagipun kita tidak dilatih cara-cara membuatnya. Oleh kerana kekurangan bahan-bahan pengajaran  yang sesuai dibangunkan untuk kelas pemulihan dan agak terhad ,Maka saya mengambil inisiatif sendiri untuk membangunkan bahan-bahan pengajaran yang tidak seberapa berasaskan daripada maklumat yang ada daripada berbagai sumber. Matlamatnya supaya murid faham isi pelajaran yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment